Latar belakang Perang Arab-Byzantine

Perang Byzantine-Sasan yang berpanjangan dan yang bertambah teruk pada abad-abad ke-6 dan ke-7 telah membuat kedua-dua empayar keletihan dan mudah terdedah pada bahaya apa bila bertembung dengan orang Arab yang baharu muncul dan berkembang dari Semenjung Arab. Perang terakhir berkesudahan dengan kemenangan Byzantine: Maharaja Heraclius menawan semula semua wilayah yang telah jatuh ke tangan Sasan dan dapat membawa Salib Tulen pulang ke Baitulmuqaddis pada tahun 629 M.[3]

Walau bagaimanapun, kedua-dua empayar tidak berkesempatan untuk berihat oleh sebab dalam masa beberapa tahun sahaja, kedua-duanya mengalami serangan pihak Arab (yang kini disatukan oleh Islam), yang mengikut pendapat sejarawan Howard-Johnston, "hanya dapat dibandingkan dengan tsunami manusia."[4] Mengikut George Liska, "konflik Byzantine-Parsi yang tidak seharusnya berlarutan membuka jalan kepada Islam."[5]

Pada lewat tahun 620-an M, Nabi Muhammad SAW telah berjaya menyatukan sebahgian besar Semenanjung Arab di bawah pemerintahan Islam, dan di bawah kepimpinan bagindalah pergeseran Muslim-Byzantine bermula. Hanya beberapa bulan selepas Heraclius dan jeneral Sasan Parsi, Shahrbaraz, bersetuju pada tahun 629 M akan terma-terma pengunduran tentera Parsi dari wilayah timur Byzantine yang diduduki Parsi, tentera Arab dan Byzantine bertempur dalam Pertempuran Mu'tah.[6] Nabi Muhammad wafat pada tahun 632 M dan baginda diganti Khalifah Abu Bakar al-Siddiq RA, khalifah al-Rasydin pertama. Khalifah Abu Bakar menguasai seluruh Semenanjung Arab selepas kejayaan perang Riddah yang menyaksikan pengukuhan negara Islam yang kuat di seluruh semnanjung itu.[7]

Rujukan

WikiPedia: Perang Arab-Byzantine http://www.britannica.com/eb/article-9036664 http://books.google.com/?id=-R0G0Enf58AC&dq=Haldon... http://books.google.com/?id=1U4rUaLdYnQC&dq=Howard... http://books.google.com/?id=1nvvDMWN-iEC&dq=Heracl... http://books.google.com/?id=2GD6og3c15IC&dq=muslim... http://books.google.com/?id=IR9rNAai2koC&dq=muslim... http://books.google.com/?id=Qf8mrHjfZRoC&dq=muslim... http://books.google.com/?id=XdFqgSBTYeYC&dq=muslim... http://books.google.com/?id=jrVW9W9eiYMC&dq=Cyprus... http://books.google.com/?id=nYbnr5XVbzUC&dq=Gregor...